BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 10 Ogos 2009


selepas solat,yang merupakn rukun islam yang kedua,umat islam diwajibkan melaksanakan rukun islam yang ketiga iaitu puasa dibulan ramadhan.sempena kedatangan ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi,marilah kita sama-sama flashback renung kembali firman ALLAH didalam surah al-bakoroh ayat 183 yang bermaksud:wahai orang2 yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuas sebagai mana yang diwajibkan atas umat2 yang terdahulu,mudah-mudahan kamu bertaqwa.
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa puasa adalah suatu kewajipan.maka seseorang muslim itu wajib melakukan ibadah puasa ketika bulan ramadhan,dan ALLAH juga menekankan kepada orang yang beriman supaya dengan puasa yang dilaksanakan itu dapat membuahkan hasil yaitu taqwa kepada ALLAH.Puasa dari sudut istilah ialah menahan lapar dan dahaga serta menegah daripada perkara yang membatalkan puasa adapun taqwa dengan erti melakukan perkara yang disuruh oleh ALLAH dan menjauhi/meninggalkan perkara yang dilarang oleh NYA.maka demikian itu berkait rapat antara dua subject yang ditekankan oleh ALLAH kepada orang2 yang beriman,kerana sesungguhnya ketika seseorang itu berpuasa dengan penuh keimanan dan mengikut persedor yang telah ditetapkan oleh ALLAH dapat melemahkan nafsu syahwat dan perkara2 maksiat akn tertegahnya dengan sendiri dan ibadah akn ditingkatkan justeru membuahkan taqwa yang teguh kepada ALLAH.Ini terbukti ketika bulan ramadhan kita dapat lihat perbezaan ketika ramadhan ramai manusia terdorong untuk ke masjid mengikuti solat berjemaah tarawih.
Mengapa ALLAH menekankan subject taqwa?kerana taqwa ini adalah sangat penting kepada seseorang.Kerana dengan taqwalah dapat melahirkan seseorang yang jujur,amanah,baik,sopan dan sebagainya,bukan kerana dia itu seorang ustaz,ulama'dia tidak melakukan kemaksiatan,tetapi kerana taqwa itulah yang melahirkan seorang ustaz yang baik,tidak kira siapa dia,jika seorang akaunten yng bertaqwa maka dia jujur dan tidak menyeleweng,jika dia seorang menejer di kilang toyota tetapi bertaqwa maka dia akan berlaku baik,jika dia seorang penjual barang-barang hospital maka dia tidak akan tipu pembelinya.
Kemuliaan seseorang juga terletak pada taqwa sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud:sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH adalah orang yang bertaqwa.maka sewajib dan sewajarnyalah kita berusha untuk mencapai taqwa yang mantop dengan mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini untuk kita memaksima mungkin ibadah kita dan meminima mungkin kemaksiatan kita kepada ALLAH.TAKBIR.......................!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR....

baca selanjutnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...