BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 3 Mac 2009

IMAN


IMAN ialah sesuatu yang berharga jika dinilai oleh seseorang yang bertaqwa kepada ALLAH.Jika IMAN dinilai oleh sesetengah golongan yang" menbencikan kesejahteraan"maka mereka akan merasakan bahawa iman itu seperti sebutir pasir yang berada ditepi jalan.Maka ini menujukkan seseorang yang menilai IMAN itu berdasarkan hubungan mereka dengan ALLAH kerana seseorang itu akan menghargai IMAN yang diperolehi berdasarkan kercayaan dan keyakinan mereka kepada rukun iman:

  1. percaya kepada ALLAH.
  2. percaya kepada rasulNYA
  3. percaya kepada kitab(AL-QURAN)
  4. percaya kepada malaikat
  5. percaya kepada hari khiamat
  6. percaya kepada kadho' N kodha'
kesemua yang tertera diatas adalah rukun iman yang telah maklum kita ketahui.maka wajib seseorang islam itu mempercayai rukun iman tersebut.Makna sebenar IMAN ialah percaya dan yakin kepada rukun iman.Apakah seseorang itu mengaku beriman sedangkan tidak mengikut perintah ALLAH dan menjauhi larangannya.Apakah seseorang itu sayang kepada rasulnya sedangkan tidak mengikut sebenar-benar ajaran yang dia bawa olehnya.Apakah seseorang mengaku beriman sedang mereka tidak melaksanakan hukum/syariat yang telah termaktub didalam kitab(AL-QURAN)secara syumul/keseluruhan.Persoalan tersebut bukanlah hanya direka atau dicipta.Sebenar ianya perlu direnung oleh kita semua sama ada dari golongan PEMIMPIN,PEMBESAR-PEMBESAR,RAKYAT dan lain-lain.

Jika kita benar-benar percaya dan yakin kepada semua rukun iman,maka tidaklah negara yang digelar sebagai NEGARA ISLAM mengambil sebahagian daripada isi AL-QURAN, tidak sepenuhnya.Maka,sebagai orang yang mengaku beriman,marilah sama-sama menunjukan percaya dan yakin kita kepada rukun iman dengan mengikut apa yang dikatakan ISLAM SYUMUL/islam menyeluruh yang melaksanakan syariat sepenuhnya.

Maka dengan itu saya YUSMAHILAL sebagai pemilik blog ini menyeru kapada semua masyarakat islam diMALAYSIA khususnya dan diseluruh dunia umumnya untuk mendalami islam secara formal dan mendalam kerana menuntut ilmu itu adalah wajib diatas semua umat islam supaya keimanan dan taqwa kita kepada ALLAH kukuh dan mantap.Bukanlah cacatan ini untuk menasihat,tetapi sebagai satu peringatan,kerana RASULULLAH pernah bersabda:BERILAH PERINGATAN,BAHAWASANYA PERINGANTAN ITU MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN.wallahua'lam

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...