BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 20 Mac 2009



Ramadhan adalah suatu bulan yang sangat dimuliakan oleh umat islam.Bulan yang diberkati ini juga adalah sebuah hadiah daripada ALLAH yang mana ianya dipenuhi dengan ganjaran yang ditawarkan kepada mereka-mereka yang memenuhi syarat untuk mendapatkan ganjaran tersebut.


Dibulan ramadhan ini,umat islam diwajibkan berpuasa.dengan seseorang itu berpuasa secara total serta mengikut segala persoder yang telah ditetapkan oleh ALLAH dan RASUL,maka seseorang itu akan mendapat manfaat samaada dari sudut rohani atau pun jasmani.

jika kita lihat dari sudut rohani,telah tercatat didalam al quran bahawa seseorang boleh meningkatkan taqwa kepada ALLAH seperti firmannya:"wahai orang-orang yang beriman,telah ditetapkan keatas kamu berpuasa sepertimana yang telah tetapkan kepada umat-umat terdahulu,mudah-mudahan kamu bertaqwa".Dihujung ayat ini menerangkan kepada kita bahawa jaminan ALLAH kepada umat islam yang berpuasa dapat meningkatkan ketaqwaan.


Kerana apa ALLAH tekankan subjek TAQWA kepada umat islam?ini adalah kerana taqwa dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti ibadah kepadaNYA.Seseorang tidak akan beribadah tanpa taqwa mereka kepada ALLAH dan ibadah yang telus akan terhapus dengan adanya hawa nafsu yang bengis.Sepertimana yang telah dikatakan oleh TUAN GURU USTAZ MOKHTAR SENIK:"pohon taqwa tidak akan tumbuh bersama rimbunan hawa nafsu".Maka dengan seseorang itu berpuasa akan dapat melemahkan hawa nafsu dan melahirkan taqwa yang kukuh seterusnya akan mewujudkan ibadah yang berkualiti tinggi.


Taqwa adalah melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH dan ini menunjukkan kepada kita bahawa jika seseorang itu wujudnya taqwa didalam diri mereka,maka kemaksiaatan diatas muka bumi ini akan berkurangan.Jika seseorang itu pegawai bank yang bertaqwa,maka tiadalah penyelewegan/manipulasi keewangan.Jika polis itu seorang yang bertaqwa,maka tiadalah rasuah dan jika seseorang itu apa sekalipun tetapi bertaqwa kepada ALLAH,maka tidak akan wujud kejahatan dan kemaksiaatan didalam diri mereka.


Maka inilah salah satu didikan dan tarbiah daripada ALLAH kepada orang-orang yang beriman dan yakin kepada janji-janji ALLAH.Dengan itu maka sewajib dan sewajarnyalah seseorang itu menguatkan taqwa mereka dengan

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...