BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 9 April 2009


kehidupan adalah suatu anugerah yang paling beeharga buat kita semua.kehidupan ini bukanlah pemberian ALLAH untuk disia-siakan,ianya juga adalah suatu tanggungjawab yang berat kerena ALLAH befirman:"tidaklah aku menjadikan jin dan manusia ini melainkan untuk beribadat kepadaku".


kehidupan ini janganlah hanya dijadikan sebagai tempat mencari kebahagiaan semata-mata,bahkan ianya perlu dimaanfaatkan dengan sepenuhnya dari pelbagai aspek kehidupan.didalam kehidupan juga ALLAH menganugerahkan kepada kita waktu,masa dan ianya juga perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang positif dan elok untuk jasmani mahupun rohani.sama ada kita disekolah,rumah,tempat pekerjaan sehinggalah kita diatas keruisi malas menunggu izrail sekalipun.

sebagaimana firman ALLAH diatas tadi yang menunjukkan kepada kita bahawa manusia ini dicipta hanyalah untuk beribadat kepadanya.maka adakah ibadat ini hanyalah kita bersolat lima waktu,berpuasa,berzikir,betahlil?jawapnya mestilah tidak kerana islam adalah agama yang mecakupi,merangkumi semua aspek kehidupan manusia.ini menyentuh kepada bab niat kita melakukan sesuatu pekerjaan.jika pekerjaan itu diniatkan ikhlas kerana ALLAH maka ianya akan menjadi ibadat.contohnya jika kita kerja mencari duit yang halal serta diniatkan ikhlas kerana ALLAH maka kita akan dapat pembalasan didunia(wang)dan diakhirat kita akan mendapat keredhaan ALLAH.

tetapi dizaman mutakhir ini,ramai yang tidak mengetahui,sedar akan kesyumulan islam.disebabkan kejahilan mereka tentang keagamaan betapa besarnya kerugiaan yang dihadapi.bukan sekadar lalai dalam melakukan ibadah,bahkan menambah pula dosa yang telah dilakukan dengan kemaksiatan.

maka dengan itu ketahuilah bahawa tuan punya kehidupan dan waktu akan menarik kembali anugerahnya itu pada bila-bila masa sahaja.dan marilah kita sama-sama membentuk akhlak dan keperibadiaan yang telah diajar oleh islam.Dan bagi orang yang beriman dan yakin akan janji-janji ALLAH,maka ambillah peringatan ini sebagai suatu renungan bersama sebagaimana sabda nabi:"berilah peringatan,kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman."

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...