BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 30 Disember 2009

wafatnya gus dur

kiai haji hasyim asyari

kiai haji abdulrahman wahid(gus dur)

kiai haji abdulrahman wahid(gus dur)

innalillahi wa innalillahirojiun.....itulahlah kalimah yang sepantasnya kita ucapkan ketika menghadapi/menimpa bencana,cubaan,ujian yang diberikan Allah kepada hambanya.Dan itulah juga kalimah yang dianjurkan oleh Allah dan utusannya Muhammad SAW sepertimana yang termaktub,dicatatkan didalam Alquran dan hadis....
pada bulan2 yang lalu kita digemparkan oleh kematian seorang penyanyi yang digelar Raja pop iaitu michael jackson diiringi tangisan dari peminat2nya termasuk dari kalangan umat islam.Namun apakah yang diharapkan oleh mereka yang menangisi atas kematian raja pop tersebut melainkan hanya sedih kerana kehilangan hiburan yang melalaikan.
Hari rabu,30-12-2009,jam 6.45 petang perginya seorang ulama' yang disegani kerahmatullah.
Beliau adalah kiai haji abdulrahman wahid dan lebih dikenali dengan nama laqobnya (GUS DUR) yang terkenal di indonesia.maka sepatutnya amat islam menagisi pemergian beliau dan bukanlah raja pop.
beliau mempunyai sebuah pusat pendidikan iaitu Pondok pesentren tebuireng yang terletak di jombang,surabaya dan lebih kurang 30 km dari pondok langitan tempat saya menuntut sekarang.
Beliau juga adalah mantan president indonesia(1999-2001) yang mana cucu kepada pendiri NU(pertubuhan Nadhatul Ulama)yaitu kiai haji hasyim asyari.
pemergian seorang tokoh islam top 200 orang paling berpengaruh dalam islam sedunia ini membuatkan kebanyakan tokoh2 islam yang lain membanjiri pondok pesentren tebuireng jombang,surabaya dan juga adalah tempat pengebumian beliau untuk takziah dan penghoramatan terakhir.Bukan sahaja dari kalangan umat islam,bahkan ketua sami,padri,pendeta juga datang melawat kerana mengetahui jasa beliau kepada negara.
Ketokohan beliau dalam mempersatukan rakyat indonesia berlandaskan syariat islam sangat dikagumi ramai.

Beliau adalah seorang tokoh yang memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan, bagi peradaban khususnya di Republik Indonesia , tulisan berikut merupakan sebuah apresiasi dari penulis kepada seorang Bapak Bangsa , KH. Abdurrahman Wahid yang dalam kehidupannya tidak akan diam saja bilamana ada ketidak wajaran dan kesewenang-wenangan terhadap nilai kemanusiaan, sebagai seorang manusia biasa KH. Abdurrahman Wahid yang biasa disapa Gus Dur sudah pasti terdapat pro dan kontra terhadap statemen atau keputusannya baik sebagai ketua NU, Presiden, Ketua Dewan Syuro Partai dan lain sebagainya , terlepas dari kritikan-kritikan terhadap beliau , Gusdur tetap sebagai tokoh penyeimbang yang membela hak-hak minoritas terhadap mayoritas.
Kuatnya peranan dan pengaruh Gus Dur dalam membangun pembaharuan Islam di tubuh NU adalah fakta yang tak terbantahkan. Cucu pendiri NU yang kharismatik ini kemudian bahkan dikenal sebagai penganjur utama Islam yang toleransi, moderat, beradab, modern, dan maju.

Ada sebuah peristiwa yang terpahat dihati rakyat ketikamana PKI(parti komunis indonesia)yang ditubuhkan atas anisiatif atas pemimpin tertinggi PKI iaitu HENK SEEVLIET mengupah segerombolan ninja untuk membunuh para kiaai/tok guru2.Dan setelah berbulan lamanya penyerangan ninja terhadap
kiaai/tok guru2 tidak dihentikan wlaupun genjatan senjata dilaksanakn oleh kerajaan yang tidak membuahkan hasil,maka Gus Dur sebagai pemimpin NU ketika itu bertindak memerangi ninja2 tersebut sehingga tidak beberapa lama ninja2 berhenti dari perbuatan jahat mereka .
Tenyata bagaimana pasukan islam dipimpin oleh Gus dur ketika itu mempunyai semangat,keberanian dan taqwa yang tinggi untk memerangi musuh islam ketika itu.Adapun para ninja takut untuk menentang dengan lebih keras lagi kerana mengetahui kekuatan NU ketika itu.
maka sewajarnya kita sebagai umat islam mencontohi pemimpin ini dan menjadi pewaris kepada sikap keberanian beliau dalam mempertahankan agama bangsa dan negara...................................................AL-FATIAH......

baca selanjutnya..

Khamis, 24 Disember 2009


assallmualaikum...maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana dah lame x update....maklumat tentaang pelajar malaysia yang menuntut di pondok pesentren langitan,pelajar malaysia sekarang sudah bertambah menjadi 7 orang sebelumnya 5 org namun bulan oktober kelmarin ustaz rosli jabar menambah masuk 2 orang lagi pelajarnya ke langitan.kesemua 7 orang 2 pelajar usataz mokhtar senik yang sebelumnya menuntut di pondok annuur penor kuantan pahang dan 5 lagi dari madrasah darul fikri kuantan.pondok annuur=1.hasyimi rafsanani 2.yusmahilal.madrasah darulfikri=1.saiful bazli 2.omarullah 3.ikram 4.fitri 5.zahid.

baca selanjutnya..

Isnin, 2 November 2009

pada zaman mutakhir ini,kita sering mendengar sesuatu gejala sosial yang kini berleluasa dikalangan masyarakat terutama pemuda pemudi.
perkara ini sebenarnya telah pun di perbincangkan oleh organisasi2 yang bertanggungjawab dan apa yang sangat saya fokuskan disini adalah mengapa masalah ini sering kali diperbincangkan namun masih tidak dapat di selesai.


zaman remaja adalah masa yang sangat indah bagi seseorang,namun ianya hanyalah buat seketika dan masa tersebut bukanlah waktu untuk enjoi kerana tubuh badan yang segar sihat ketika itu sewajib dan sewajarnya untuk dimanfaatkan dengan baik.
pemuda juga adalah tonggak utama penggerak perjuangan islam jika ia dididik dengan tatatertib agama serta mengikut syara" dengan betul.namun ianya juga adalah perosak agama jika tidak ditarbiyah dengan betul.
apa yang ingin dikatakan disini adalah tentang didikan/pentarbiahan untuk menghasilkan pemuda yang memihak kepada islam secara syumuliyah/menyaluruh justeru menjadi penerus perjuangan rasulullah dalam mengakkan islam itu sendiri.
dari sudut didikan yang paling bertanggungjawap adalah kedua iabu bapa,sabda nabi="maminmauludin,yuladualalfitrah,faabawaihu yuhauwidanihi au yumajjisanihi au yunassiranihi".au kama kola.tidaklah seseorang bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah,maka kedua ibu bapalah yang membentuk ia menjadi yahudi atau majusi atau nasrani.
maka hadis ini jelas bahawa ibu bapa sangat bertanggungjawap dalam membentuk anak.ketikamana ibu bapa melalaikannya, maka mustahil untuk melahirkan pemuda yang baik.
dan bagi pihak kerajaan perlulah mengambil berat terhadap masalah ini kerana jika pemimpin yang memimpin sesebuah kerajaan bermasalah maka rakyat juga akan mengikut/mencontohi pemimpinnya justeru rakyat akan menjadi huru hara dengan ketiadaan kepimpinan yang baik.


pokok dan inti sarinya kat sini....tolak omno masuk pas......ganti pemimpin yang buruk kepada yang bertaqwa...
supaya rakyat dididik dengan baik justeru negara menjadi aman..huhuhhuhuhuh....takbir..allahuakbar..

baca selanjutnya..

Isnin, 10 Ogos 2009


selepas solat,yang merupakn rukun islam yang kedua,umat islam diwajibkan melaksanakan rukun islam yang ketiga iaitu puasa dibulan ramadhan.sempena kedatangan ramadhan yang akan menjelma beberapa hari lagi,marilah kita sama-sama flashback renung kembali firman ALLAH didalam surah al-bakoroh ayat 183 yang bermaksud:wahai orang2 yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuas sebagai mana yang diwajibkan atas umat2 yang terdahulu,mudah-mudahan kamu bertaqwa.
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa puasa adalah suatu kewajipan.maka seseorang muslim itu wajib melakukan ibadah puasa ketika bulan ramadhan,dan ALLAH juga menekankan kepada orang yang beriman supaya dengan puasa yang dilaksanakan itu dapat membuahkan hasil yaitu taqwa kepada ALLAH.Puasa dari sudut istilah ialah menahan lapar dan dahaga serta menegah daripada perkara yang membatalkan puasa adapun taqwa dengan erti melakukan perkara yang disuruh oleh ALLAH dan menjauhi/meninggalkan perkara yang dilarang oleh NYA.maka demikian itu berkait rapat antara dua subject yang ditekankan oleh ALLAH kepada orang2 yang beriman,kerana sesungguhnya ketika seseorang itu berpuasa dengan penuh keimanan dan mengikut persedor yang telah ditetapkan oleh ALLAH dapat melemahkan nafsu syahwat dan perkara2 maksiat akn tertegahnya dengan sendiri dan ibadah akn ditingkatkan justeru membuahkan taqwa yang teguh kepada ALLAH.Ini terbukti ketika bulan ramadhan kita dapat lihat perbezaan ketika ramadhan ramai manusia terdorong untuk ke masjid mengikuti solat berjemaah tarawih.
Mengapa ALLAH menekankan subject taqwa?kerana taqwa ini adalah sangat penting kepada seseorang.Kerana dengan taqwalah dapat melahirkan seseorang yang jujur,amanah,baik,sopan dan sebagainya,bukan kerana dia itu seorang ustaz,ulama'dia tidak melakukan kemaksiatan,tetapi kerana taqwa itulah yang melahirkan seorang ustaz yang baik,tidak kira siapa dia,jika seorang akaunten yng bertaqwa maka dia jujur dan tidak menyeleweng,jika dia seorang menejer di kilang toyota tetapi bertaqwa maka dia akan berlaku baik,jika dia seorang penjual barang-barang hospital maka dia tidak akan tipu pembelinya.
Kemuliaan seseorang juga terletak pada taqwa sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud:sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi ALLAH adalah orang yang bertaqwa.maka sewajib dan sewajarnyalah kita berusha untuk mencapai taqwa yang mantop dengan mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini untuk kita memaksima mungkin ibadah kita dan meminima mungkin kemaksiatan kita kepada ALLAH.TAKBIR.......................!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR....

baca selanjutnya..

Jumaat, 17 Julai 2009

DUA ORANG ULAMA' DAN JUGA SEBAHAGIAN DARIPADA PENDIRI PARTI ISLAM DI INDONESIA IAITU PARTI PKNU(PARTI KEBANGKITAN NASIONAL ULAMA').DIKIRI ADALAH SYAIKH ABDULLAH FAQEH

baca selanjutnya..

Halaman di PONDOK LANGITAN,SURABAYA.

baca selanjutnya..

Ahad, 28 Jun 2009

aktiviti pondok


salam kpd seme pengunjung blog...maaf dah lame x update blog nih...
gambar atas nih adalah salah satu aktiviti di pondok langitan...
saya bersama abang ali sedang mencabut anak padi yang disemai setelah 2 bulan dan akan di tanam semule....

baca selanjutnya..

Selasa, 21 April 2009

pada musim yang ketandusan ilmu dan amal ini ramai pula dari kalangan binatang berakal tidak menggunakan akal itu dengan sebaik mungkin.Ini menunjukkan kepada kita bahawa, bilamana kiamat menghapiri zaman,maka kuantiti kemaksiatan akan bertambah banyak dan sekali gus akan bertambah juga manusia-manusia yang tidak cintakan agama.

Ini kerana kebanyakan manusia dizaman mutaakhir ini tidak cintakan ilmu agama bahkan makin rakus mencari kedunian yang sementara ini.Bila ilmu agama yang wajib dituntut/pelajari itu dipinggirkan,lalu meresaplah didalam jiwa manusia ini,kemaksiatan yang tidak diperasan dan akan kedatangannya hasil daripada kejahilan.

kadangkala ramai juga yang mengetahui ilmu agama,mengetahui yang mana baik jahat,halal haram,dosa pahala dan syurga neraka,tetapi tidak dihiraukan kerana lebih mementingkan keduniaan,wang ringgit,emas dan sebagainya walhal perkara tersebut juga ia mengetahui adalah sementara didunia.

ramai yang tertipu oleh dunia yang dijadikan oleh ALLAH sebagai tempat persinggahan yang sementara sebelum menuruskan perjalan ke distinasi yang lain(alam barzakh-syurga/neraka).kehidupan didunia ini hanyalah sementara adapun kehidupan diakhirat selama-lamanya sebagaiman yang telah termaktup didalam AL-QURAN.Tetapi mengapa ramai yang mengejar perkara yang sementara itu.

maka kehidupan didunia ini hanyalah tempat kita mengumpul bekalan yang banyak supaya kelak diakhirat kita akan mendapat kesenangan dan tidaklah tergopoh gapah mencari bantuan yang mana di hari tersebuttidak ada bantuan dari sesiapapun melainkan bekalan yang telah kita kumpul didunia ini.Dan untuk mendapatkan bekalan yang tulen tersebut,maka perlu melalui jalan ilmu,amal yang betul berlandaskan syariat dengan melaksanakan perkara yang disuruh oleh ALLAH dan meninggalkan perkara yang dilarangNYA.WALLAHUA'LAM

baca selanjutnya..

Khamis, 9 April 2009


kehidupan adalah suatu anugerah yang paling beeharga buat kita semua.kehidupan ini bukanlah pemberian ALLAH untuk disia-siakan,ianya juga adalah suatu tanggungjawab yang berat kerena ALLAH befirman:"tidaklah aku menjadikan jin dan manusia ini melainkan untuk beribadat kepadaku".


kehidupan ini janganlah hanya dijadikan sebagai tempat mencari kebahagiaan semata-mata,bahkan ianya perlu dimaanfaatkan dengan sepenuhnya dari pelbagai aspek kehidupan.didalam kehidupan juga ALLAH menganugerahkan kepada kita waktu,masa dan ianya juga perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang positif dan elok untuk jasmani mahupun rohani.sama ada kita disekolah,rumah,tempat pekerjaan sehinggalah kita diatas keruisi malas menunggu izrail sekalipun.

sebagaimana firman ALLAH diatas tadi yang menunjukkan kepada kita bahawa manusia ini dicipta hanyalah untuk beribadat kepadanya.maka adakah ibadat ini hanyalah kita bersolat lima waktu,berpuasa,berzikir,betahlil?jawapnya mestilah tidak kerana islam adalah agama yang mecakupi,merangkumi semua aspek kehidupan manusia.ini menyentuh kepada bab niat kita melakukan sesuatu pekerjaan.jika pekerjaan itu diniatkan ikhlas kerana ALLAH maka ianya akan menjadi ibadat.contohnya jika kita kerja mencari duit yang halal serta diniatkan ikhlas kerana ALLAH maka kita akan dapat pembalasan didunia(wang)dan diakhirat kita akan mendapat keredhaan ALLAH.

tetapi dizaman mutakhir ini,ramai yang tidak mengetahui,sedar akan kesyumulan islam.disebabkan kejahilan mereka tentang keagamaan betapa besarnya kerugiaan yang dihadapi.bukan sekadar lalai dalam melakukan ibadah,bahkan menambah pula dosa yang telah dilakukan dengan kemaksiatan.

maka dengan itu ketahuilah bahawa tuan punya kehidupan dan waktu akan menarik kembali anugerahnya itu pada bila-bila masa sahaja.dan marilah kita sama-sama membentuk akhlak dan keperibadiaan yang telah diajar oleh islam.Dan bagi orang yang beriman dan yakin akan janji-janji ALLAH,maka ambillah peringatan ini sebagai suatu renungan bersama sebagaimana sabda nabi:"berilah peringatan,kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman."

baca selanjutnya..

Jumaat, 20 Mac 2009



Ramadhan adalah suatu bulan yang sangat dimuliakan oleh umat islam.Bulan yang diberkati ini juga adalah sebuah hadiah daripada ALLAH yang mana ianya dipenuhi dengan ganjaran yang ditawarkan kepada mereka-mereka yang memenuhi syarat untuk mendapatkan ganjaran tersebut.


Dibulan ramadhan ini,umat islam diwajibkan berpuasa.dengan seseorang itu berpuasa secara total serta mengikut segala persoder yang telah ditetapkan oleh ALLAH dan RASUL,maka seseorang itu akan mendapat manfaat samaada dari sudut rohani atau pun jasmani.

jika kita lihat dari sudut rohani,telah tercatat didalam al quran bahawa seseorang boleh meningkatkan taqwa kepada ALLAH seperti firmannya:"wahai orang-orang yang beriman,telah ditetapkan keatas kamu berpuasa sepertimana yang telah tetapkan kepada umat-umat terdahulu,mudah-mudahan kamu bertaqwa".Dihujung ayat ini menerangkan kepada kita bahawa jaminan ALLAH kepada umat islam yang berpuasa dapat meningkatkan ketaqwaan.


Kerana apa ALLAH tekankan subjek TAQWA kepada umat islam?ini adalah kerana taqwa dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti ibadah kepadaNYA.Seseorang tidak akan beribadah tanpa taqwa mereka kepada ALLAH dan ibadah yang telus akan terhapus dengan adanya hawa nafsu yang bengis.Sepertimana yang telah dikatakan oleh TUAN GURU USTAZ MOKHTAR SENIK:"pohon taqwa tidak akan tumbuh bersama rimbunan hawa nafsu".Maka dengan seseorang itu berpuasa akan dapat melemahkan hawa nafsu dan melahirkan taqwa yang kukuh seterusnya akan mewujudkan ibadah yang berkualiti tinggi.


Taqwa adalah melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH dan ini menunjukkan kepada kita bahawa jika seseorang itu wujudnya taqwa didalam diri mereka,maka kemaksiaatan diatas muka bumi ini akan berkurangan.Jika seseorang itu pegawai bank yang bertaqwa,maka tiadalah penyelewegan/manipulasi keewangan.Jika polis itu seorang yang bertaqwa,maka tiadalah rasuah dan jika seseorang itu apa sekalipun tetapi bertaqwa kepada ALLAH,maka tidak akan wujud kejahatan dan kemaksiaatan didalam diri mereka.


Maka inilah salah satu didikan dan tarbiah daripada ALLAH kepada orang-orang yang beriman dan yakin kepada janji-janji ALLAH.Dengan itu maka sewajib dan sewajarnyalah seseorang itu menguatkan taqwa mereka dengan

baca selanjutnya..

Sabtu, 14 Mac 2009


Ramadhan adalah satu bulan yang diberkati oleh ALLAH dan juga sebagai bulan yang paling mulia.ketibaan bulan ramadhan adalah dialu-alukan oleh para malikat dan penduduk-penduduk dilangit.manakala manusia yang mengetahui fadhilat ramdhan akan menyiapkan diri mereka untuk menyambut bulan ini dengan penuh hormat.
Bila ramadhan tiba,maka dibukalah pintu syurga dan ditutup pintu neraka.Maka ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk kita beribadat kepada ALLAH.

baca selanjutnya..

Jumaat, 13 Mac 2009

sahabat yang tidak disenangi tetapi banyak memberi maanfaat

baca selanjutnya..

Selasa, 3 Mac 2009

IMAN


IMAN ialah sesuatu yang berharga jika dinilai oleh seseorang yang bertaqwa kepada ALLAH.Jika IMAN dinilai oleh sesetengah golongan yang" menbencikan kesejahteraan"maka mereka akan merasakan bahawa iman itu seperti sebutir pasir yang berada ditepi jalan.Maka ini menujukkan seseorang yang menilai IMAN itu berdasarkan hubungan mereka dengan ALLAH kerana seseorang itu akan menghargai IMAN yang diperolehi berdasarkan kercayaan dan keyakinan mereka kepada rukun iman:

  1. percaya kepada ALLAH.
  2. percaya kepada rasulNYA
  3. percaya kepada kitab(AL-QURAN)
  4. percaya kepada malaikat
  5. percaya kepada hari khiamat
  6. percaya kepada kadho' N kodha'
kesemua yang tertera diatas adalah rukun iman yang telah maklum kita ketahui.maka wajib seseorang islam itu mempercayai rukun iman tersebut.Makna sebenar IMAN ialah percaya dan yakin kepada rukun iman.Apakah seseorang itu mengaku beriman sedangkan tidak mengikut perintah ALLAH dan menjauhi larangannya.Apakah seseorang itu sayang kepada rasulnya sedangkan tidak mengikut sebenar-benar ajaran yang dia bawa olehnya.Apakah seseorang mengaku beriman sedang mereka tidak melaksanakan hukum/syariat yang telah termaktub didalam kitab(AL-QURAN)secara syumul/keseluruhan.Persoalan tersebut bukanlah hanya direka atau dicipta.Sebenar ianya perlu direnung oleh kita semua sama ada dari golongan PEMIMPIN,PEMBESAR-PEMBESAR,RAKYAT dan lain-lain.

Jika kita benar-benar percaya dan yakin kepada semua rukun iman,maka tidaklah negara yang digelar sebagai NEGARA ISLAM mengambil sebahagian daripada isi AL-QURAN, tidak sepenuhnya.Maka,sebagai orang yang mengaku beriman,marilah sama-sama menunjukan percaya dan yakin kita kepada rukun iman dengan mengikut apa yang dikatakan ISLAM SYUMUL/islam menyeluruh yang melaksanakan syariat sepenuhnya.

Maka dengan itu saya YUSMAHILAL sebagai pemilik blog ini menyeru kapada semua masyarakat islam diMALAYSIA khususnya dan diseluruh dunia umumnya untuk mendalami islam secara formal dan mendalam kerana menuntut ilmu itu adalah wajib diatas semua umat islam supaya keimanan dan taqwa kita kepada ALLAH kukuh dan mantap.Bukanlah cacatan ini untuk menasihat,tetapi sebagai satu peringatan,kerana RASULULLAH pernah bersabda:BERILAH PERINGATAN,BAHAWASANYA PERINGANTAN ITU MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN.wallahua'lam

baca selanjutnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...