BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 21 April 2009

pada musim yang ketandusan ilmu dan amal ini ramai pula dari kalangan binatang berakal tidak menggunakan akal itu dengan sebaik mungkin.Ini menunjukkan kepada kita bahawa, bilamana kiamat menghapiri zaman,maka kuantiti kemaksiatan akan bertambah banyak dan sekali gus akan bertambah juga manusia-manusia yang tidak cintakan agama.

Ini kerana kebanyakan manusia dizaman mutaakhir ini tidak cintakan ilmu agama bahkan makin rakus mencari kedunian yang sementara ini.Bila ilmu agama yang wajib dituntut/pelajari itu dipinggirkan,lalu meresaplah didalam jiwa manusia ini,kemaksiatan yang tidak diperasan dan akan kedatangannya hasil daripada kejahilan.

kadangkala ramai juga yang mengetahui ilmu agama,mengetahui yang mana baik jahat,halal haram,dosa pahala dan syurga neraka,tetapi tidak dihiraukan kerana lebih mementingkan keduniaan,wang ringgit,emas dan sebagainya walhal perkara tersebut juga ia mengetahui adalah sementara didunia.

ramai yang tertipu oleh dunia yang dijadikan oleh ALLAH sebagai tempat persinggahan yang sementara sebelum menuruskan perjalan ke distinasi yang lain(alam barzakh-syurga/neraka).kehidupan didunia ini hanyalah sementara adapun kehidupan diakhirat selama-lamanya sebagaiman yang telah termaktup didalam AL-QURAN.Tetapi mengapa ramai yang mengejar perkara yang sementara itu.

maka kehidupan didunia ini hanyalah tempat kita mengumpul bekalan yang banyak supaya kelak diakhirat kita akan mendapat kesenangan dan tidaklah tergopoh gapah mencari bantuan yang mana di hari tersebuttidak ada bantuan dari sesiapapun melainkan bekalan yang telah kita kumpul didunia ini.Dan untuk mendapatkan bekalan yang tulen tersebut,maka perlu melalui jalan ilmu,amal yang betul berlandaskan syariat dengan melaksanakan perkara yang disuruh oleh ALLAH dan meninggalkan perkara yang dilarangNYA.WALLAHUA'LAM

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...